Monday, August 2, 2010

"Orange Ieka"

Setelah mengikuti kelas dari kak nora, cara nak hasilkan bahagian dada supaya 'centre' baru la rasa confident nak membuatnya...

Bahagian dada dan lengan.

'tukang teman' tersenyum puas kerana selesai menemankan ibunya menyudahkan jahitan ini.




Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah, lega rasanya berjaya sudahkan 1 lagi jahitan manik untuk seorang lagi adik saya (kami ni perempuan 5 beradik). Kalau anda lihat pada entry sebelumnya, saya ada post pattern jahitan yang lain untuk baju kurung oren adik ni... tapi rasa macam tak cantik...dan membawa kepada tak seronok nak menyudahkannya... lalu saya bukalah...
Cuma nak berkongsi rasalah ye... baju kurung berwarna oren ini,kain chiffon.. dengan 'lining' lagi, maka nak mengelak dari jahitan manik ni terkena kain lining tu... rumitlah sikit, bila sampai jahitan di dada dan leher baju tu.. terseluk-seluklah saya... Kain chiffon ni pula perlu di lapisi dengan 'kain gam' di bahagian jahitan manik supaya tak kelihatan 'lonyah?' atau 'loyah?' (bahasa suami saya...heh..).

Ini lah hasilnya dari saya yang sedang mencari pengalaman.
Sekian,Terima Kasih


























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...