Tuesday, August 24, 2010

Green_jihan




Assalamualaikum....,

Alhamdulillah...syukur atas kurniaan kudrat dan 'kerajinan' dari Ilahi, satu lagi jahitan sempat saya siapkan. Baju kurung ini kepunyaan officemate kakak saya..(thanks kek da..). First time dapat tempahan dari orang tak di kenali, berdebar juga..hak orang dalam amanah kita.., mengikut note yang terselit pada baju ni,tak salah saya pemiliknya nama Jihan... maka untuk senang kerja saya,setiap jahitan saya..saya 'combine' kan warna baju dan pemiliknya...(maafkan saya ye,klau ini bukan baju Jihan).
Menurut kakak saya, kawannya cuma nak jahitan manik beriring double layer..dan bunga2 tu saya tambah sendiri...harap awak suka dan berpuashati ye,saya sungguh berbesar hati di beri kepercayaan untuk menjahit manik di bajunya...
Sekian,
Adibah Md Ros

Wednesday, August 18, 2010

Pinky City

Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur...sempat menyiapkan lagi satu jahitan manik ni. Saya happy sebab dulu teringin buat design macam ni, akhirnya ia ada dalam koleksi saya...hehehe... walau bukan di baju sendiri...(waaa....bila la dapat pegang baju aku...).
Seperti biasa, lagi 1 baju adik perempuan ku yang ramai itu... baju kurung moden,warna pink bersulam bunga. Dia mintak jahitan manik yang ringkas...(ni ringkas la ek... berpeluh jugak nak ngabihkan..)
Okey... ringkas saja dari saya... ada lagi baju yang menunggu... semoga mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya... aminnn....





Monday, August 2, 2010

"Orange Ieka"

Setelah mengikuti kelas dari kak nora, cara nak hasilkan bahagian dada supaya 'centre' baru la rasa confident nak membuatnya...

Bahagian dada dan lengan.

'tukang teman' tersenyum puas kerana selesai menemankan ibunya menyudahkan jahitan ini.




Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah, lega rasanya berjaya sudahkan 1 lagi jahitan manik untuk seorang lagi adik saya (kami ni perempuan 5 beradik). Kalau anda lihat pada entry sebelumnya, saya ada post pattern jahitan yang lain untuk baju kurung oren adik ni... tapi rasa macam tak cantik...dan membawa kepada tak seronok nak menyudahkannya... lalu saya bukalah...
Cuma nak berkongsi rasalah ye... baju kurung berwarna oren ini,kain chiffon.. dengan 'lining' lagi, maka nak mengelak dari jahitan manik ni terkena kain lining tu... rumitlah sikit, bila sampai jahitan di dada dan leher baju tu.. terseluk-seluklah saya... Kain chiffon ni pula perlu di lapisi dengan 'kain gam' di bahagian jahitan manik supaya tak kelihatan 'lonyah?' atau 'loyah?' (bahasa suami saya...heh..).

Ini lah hasilnya dari saya yang sedang mencari pengalaman.
Sekian,Terima Kasih


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...