Friday, January 21, 2011

Bunga Telur - Tema putih / hijau

Assalamualaikum....
Kembali bersiaran ye... jemput cuci2 mata, pattern bunga kali ini saya gunakan material kain stoking. Bertemakan warna putih dan hijau. Pada pendapat saya..pilihan warna-warna ini sesuai di padan dengan semua tema perkahwinan...(sesuai untuk di hadiahkan pada sesuatu majlis,tapi tak tau warna tema mereka.... hehehe..).
Sekuntum bunga yang belum di 'touch up' dengan reben2nya..
Sebenarnya bunga ni saya buat untuk saya sendiri, nak gantung kat kereta cadangnya... dapatlah buat cuci2 mata tatkala letih ngadap jalan jammed...

Pendapat saya, bunga telur bedawai bulat ini lebih sesuai untuk para tetamu, klau mereka berkenan.. boleh saja terus gantung di mana2...berbanding bunga telur berbatang buluh, ia akan di satukan dalam pasu lalu di letakkan di atas peti sejuk...huhuhu.... sebagai peminat bunga (ececece..) saya kagum pada mereka yg mampu hasilkan bunga2 pahar ni.. ia kerja remeh yg bukan mudah tau... jadi kekadang,rasa sedih lak bila,bunga2 telur ni di buang merata2, sedang majlis kenduri tu belum pun berakhir...
Eh, klau berminat jangan sogan2 tanya ye.. gambar ini hanya koleksi saya saja,klau untuk anda.. bagitau budget dan warna...Insyaallah saya buatkan...
Sekian, rancak pula saya mengomel...


Terima kasih sebab sudi singgah ye....

Sunday, January 2, 2011

Dijaridib - Blue Wawa

Assalamualaikum....
Alhamdulillah... Di beri kesihatan dan kesempatan untuk menyudahkan satu lagi jahitan manik pada baju kurung pahang yang di tempah. Ianya milik 'ofismate' suami. Pemilik baju ini Wawa, hanya minta di jahitkan pada hujung baju saja. Moga-moga wawa berpuashati dengan jahitan saya ni...
Ayuh..jom cuci-cuci mata... kalau berminat? jom..tempah jer... upahnya Insyaallah tak membebankan...
Saya mengenakan beberapa kuntum 'floating flower'.
Close up 'floating flower'..letakkan beberapa biji manik di dalamnya untuk menjadikan setiap kuntum itu timbul ye..
Di sudahi dengan jahitan 'tali air' , daun kecil (ada bunga ada ler daun..) dan renjisan manik tabur....

Suka tak????? mari saya jahitkan di baju anda....
Sekian..
Terima kasih kerana sudi singgah ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...