Friday, January 21, 2011

Bunga Telur - Tema putih / hijau

Assalamualaikum....
Kembali bersiaran ye... jemput cuci2 mata, pattern bunga kali ini saya gunakan material kain stoking. Bertemakan warna putih dan hijau. Pada pendapat saya..pilihan warna-warna ini sesuai di padan dengan semua tema perkahwinan...(sesuai untuk di hadiahkan pada sesuatu majlis,tapi tak tau warna tema mereka.... hehehe..).
Sekuntum bunga yang belum di 'touch up' dengan reben2nya..
Sebenarnya bunga ni saya buat untuk saya sendiri, nak gantung kat kereta cadangnya... dapatlah buat cuci2 mata tatkala letih ngadap jalan jammed...

Pendapat saya, bunga telur bedawai bulat ini lebih sesuai untuk para tetamu, klau mereka berkenan.. boleh saja terus gantung di mana2...berbanding bunga telur berbatang buluh, ia akan di satukan dalam pasu lalu di letakkan di atas peti sejuk...huhuhu.... sebagai peminat bunga (ececece..) saya kagum pada mereka yg mampu hasilkan bunga2 pahar ni.. ia kerja remeh yg bukan mudah tau... jadi kekadang,rasa sedih lak bila,bunga2 telur ni di buang merata2, sedang majlis kenduri tu belum pun berakhir...
Eh, klau berminat jangan sogan2 tanya ye.. gambar ini hanya koleksi saya saja,klau untuk anda.. bagitau budget dan warna...Insyaallah saya buatkan...
Sekian, rancak pula saya mengomel...


Terima kasih sebab sudi singgah ye....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...