Monday, July 11, 2011

Pelamin - Hasiltangan adik-beradik

Assalamualaikum.....
Update kali ni nak cerita tentang persediaan pelamin untuk perkahwinan adik saya. Walau dah berlalu (Jun'11) tapi takpe... manatau boleh jadi sumber idea untuk majlis anda lak nanti. Okey.. jemput scroll ke bawah ye.........

Yang nak macam bukit ni, bunga tisu.. kami hasilkan secara 'rewang' adik beradik.

Dan saya pula jalinkan menjadi 'panel' untuk dinding pelamin.
Dari bunga tisu yang membukit itu juga saya 'cucuk2' menjadi jambangan bunga ini.
Ala-ala freshflower gitu....hehehe...


Maka terhasillah pelamin ringkas ini, kos sewa rm1k-2k dapat di salur ke lauk-pauk...
Boleh naik beramai2 untuk bergambar juga....
Ucapan terima kasih pada pengantin (tukang ketuk, tukang angkut.. tinggi tu)
Tak lupa juga bunga telur gantung buatan saya...hiiiiii...


Terima kasih kerana sudi membantu...

(ops, yg memanjat tangga tu bukan pengantinnya ye....

dia tolong 'touch-up'...)

Sekian dari saya...

Terima kasih sudi singgah ye....

Friday, July 8, 2011

Beading Lace - Tema Oren

Assalamualaikum....

Hasil jahitan manik ini adalah dari tempahan adik saya sendiri. Persalinan baju nikahnya. Oleh kerana kesuntukan masa, saya gunakan sulaman bunga lace kemudian di gabungkan manik dengannya.... Jahitan pada kaf tangan dan dada baju.

Sorry tak sempat nak ambil gambar close up pengantin,
yang ado je la ek....

Sekian,

Terima kasih sudi singgah ye....


Bunga Dulang - Tema Hot Pink

Assalamualaikum....
Terima kasih kerana sudi singgah ye. Seperti biasa mari jemput cuci-cuci mata... mencari idea..
Ini adalah koleksi bunga dulang untuk majlis perkahwinan adik saya -Jun 2011 tempohari.

Sekadar cantuman bunga2 yang saya beli di kedai Bunga Reben,Jln TAR

di tambah sedikit reben.



Berminat ke, boleh juga menempah dari saya:
Harga:Rm 6.00/pcs

Minimum order: 7 pcs

Untuk info lanjut call saya :

Diba: 019-2100677



Sekian,Terima kasih.



Bunga Dip - Oren

Assalamualaikum.....

Mari kembali cuci2 mata... boleh juga untuk mencari-cari idea... atau kalau berminat, boleh saja menempah 1 atau 2 bulan awal dari majlis anda. Boleh saja pilih warna yang bersesuaian dengan tema majlis anda. Tempahan 100 pcs dari En.Ajmaien
Bunga Dip ringkas: RM3.00/pcs
Minimum order: 30 pcs


Untuk info lanjut, jangan segan2 call saya

Diba: 019-2100677


Sekian, Terima kasih kerana sudi singgah ye..


Monday, April 25, 2011

Bunga Tisu untuk Pelamin.

Assalamualaikum.....
Apa khabar pada yang sudi menjengah.....?Semoga anda sentiasa ceria menjalani hidup di bumi Allah ini ya... Huh, bulan berganti bulan, semakin hampir dah ke majlis perkahwinan adikku ini.... dah makin kalut, otak pun dah mula serabut merancang itu dan ini... Bakal pengantin memang dah kalut.... aku, mak.. alah.. senang cerita satu rumah ler...
Almaklum ler.. semuanya di rancang nak buat sendiri ngko.... dari isi goodies bag, bunga telur, pelamin, kek kahwin, hantaran sampai ke memanikkan baju nikah.... semua nak buat sendiri ngko.... hehehe...
Hmmm.... bersyukur ler kami ini... ramai ahli2 perempuannya... rajin2 berusaha semuanya....
Cerita dan gambar ini....? Haaaa....hasil rewang (orang jawa dari ijok ye... harap maklum) kami di hujung minggu lalu menyiapkan bunga2 untuk hiasan pelamin.
Eh... bunga apa nih? fresh flower...? takkk...... bunga plestik?.....takkkk... yang murah lagi.... kain? kertas? heheheh.... ini dari tisu ler.... Jangan ada pi sembur pelamin tu dengan air nanti udah ler..... huhuhu....
Nantikan 'final touch' nya bulan Jun nanti ya....
Kami sentiasa mencari2 sesuatu yang nampak cantik dengan kos yang berpatutan.... juga tak mahu,ia menjadi satu pembaziran bila majlis habis.....hehehe....
Maka... dalam dok menyelongkar isi perut 'google' nih... maka terjumpalah hasil dari bunga tisu yang cantik2 ini....
Okey... jom cuci2 mata.....
Tak lupa.... terima kasih sebab sudi singgah ya.......








Tuesday, March 22, 2011

Bunga Stoking - Tema:Hot Pink

Assalamualaikum....
Aduh..aduh..aduh... lamanya tak meng 'update'... (err..nak alasan? takyah le...)
Kerja-kerja membunga masih di jalankan seperti biasa..cuma slow sikit dek kerana hormon yang kurang stabil ini. TAPI! Insyaallah..saya akan terus memperbaiki diri agar lebih rajin, lebih kuat dan lebih bersemangat....hehehe...
Jom..cuci2 mata lagi, sample lain lagi...
material-bunga stoking, jeli bulat aka sumi ini... bahan-bahan mentah (mendawai, mereben dll) di hasilkan oleh Ayu... adik ipar saya... kerja saya ikat2 dan cantum2 saja.
Kata Ayu "Angah.. kalau cantum2 nih ayu tak reti... tapi klau siapkan kelopak dengan yang lain2 ayu suka la... haaa...Angah cari ler tempahan... kita buat sama2... haaa...jeng..jeng....
Berminat? boleh pilih ikut warna tema majlis anda...
Maka kini....teramat legalah saya kerana sudah ada pembantu...(malah lebih laju dari saya) dalam kerja menyiapkan bahan2 mentah untuk bunga pahar ini.
Terima kasih sudi singgah ye....Sekian...

Monday, February 14, 2011

Bunga Dip Emas.

Assalamualaikum...

Ketemu lagi.... jemput cuci-cuci mata, bunga dip emas ini adalah sample atas permintaan pihak tunang adik perempuan saya. Berkenan betul dia dengan bunga dip nih, dan minta untuk buatkan mengikut budgetnya...inilah hasilnya...


Paterrn bunga gantung juga, klau berkenan.. sangkut je kat mana-mana...
Sekali lagi,terima kasih kerana sudi singgah ya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...